Monday, November 10, 2008

PANCAKE


Resipi ini dapat sambutan hangat di allrecipes.com

Good Old Fashioned Pancake
Sumber : http://allrecipes. com/Recipe/ Good-Old- Fashioned- Pancakes/ Detail.aspx

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
1 telur
3 sdb mentega dicairkan
Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara
  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
  2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair. Kacau hingga sebati semuanya.
  3. Panaskan pan atas api sederhana. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
  4. Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu. Lapisan atas akan berlubang-lubang.
  5. Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan. Biar seketika dan angkat.
Sumber: Resepi dr Jeni Mokhtar <jenimokhtar@ gmail.com> & Pic dr Lynn Sham <lynnsham@gmail.com>

MAKARONI BAKAR



Bahan A:
Makaroni (agak-agak la berapa banyak mau buat)
Daging/Ayam cincang
Udang hidup
Daun kucai
Cili merah
Keju Cheddar parut
Serbuk lada hitam (kasar)
Serbuk Oregano
Sedikit renjisan mixed herbs
Garam secukup rasa

Bahan B:
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
2 sudu serbuk sup krim cendawan/ayam
2 sudu susu cair
Garam

Cara membuatnya:
1. Rebus makaroni & toskan airnya.
2. Gaulkan kesemua bahan A & masukkan dalam loyang atau bekas aluminium.
3. Tuangkan Bahan B ke dalam loyang/bekas aluminium.
4. Bakar dengan suhu 180C selama 20 minit.

Sumber: Tak ingat mana dapat ntah hari tu tp saya dah modified sikit.

Friday, November 7, 2008

CUCUR UDANG

Bahan-bahan:
240 g tepung gandum
2 camb tepung beras
1 camt serbuk penaik
garam, gula, sedikit serbuk kunyit
2 pokok daun kucai
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 1/2-2 cawan air panas (bukan mendidih)
2 biji telur
100 g udang sedang
100 g taugeh, dibuang ekor

Cara memasak:
  1. Gaul 8 bahan pertama hingga sebati dan tidak terlalu keras. Tutup dan biar 30 minit. Campurkan dengan udang dan taugeh, kacau rata.
  2. Goreng di dalam minyak panas (yg banyak supaya terendam) hingga keemasan dan garing kulit luarnya. Angkat dan toskan sebelum dimakan.
Sumber: resepi.net yahoogroups

MEE JAWA

Bahan-bahan:
3 camb minyak masak
150g daging, direbus & dihiris (air rebusan 1 liter)
120g udang segar, direbus, dikupas & tapis air rebusannya (0.5 liter)
2 biji tomato, dihiris kecil
1 camt tepung jagung, dicampur 150ml air
2 camb air asam jawa Bahan Sampingan
350g mee kuning, dicelur
120g taugeh, dicelur
2 keping tauhu, digoreng & dihiris dadu
2 biji telur rebus, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris
daun bawang, daun sup & bawang goreng
hirisan limau kasturi

Bahan Kisar
½ camt serbuk ketumbar
¼ camt serbuk jintan putih
¼ camt serbuk lada hitam
1 cm kunyit hidup
1 camb kacang tanah goreng
1 cm lengkuas
½ labu bawang besar
1 cm halia
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 camt rempah kari daging

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, air rebusan udang dan air rebusan daging. Bila mendidih, masukkan campuran tepung jagung dan tomato.
  4. Bila kuah mulai pekat, tambah garam dan gula.
  5. Sajikan dengan semua bahan sampingan.
Sumber: resepi.net yahoogroups

MEE REBUS

Bahan Penumis
3 cm kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih, dikisar
5 ulas bawang putih, dikisar
2 cm halia, dikisar
7-8 tangkai cili kering, direndam & dikisar Bahan Kuah
4 camb minyak
200g daging, direbus dengan 1.5 liter air & dihiris
2 biji tomato, dibuang biji & kulit, dikisar
1 biji keledek kecil, direbus & dilecek
garam & gula secukupnya

Bahan Sampingan
350g mee kuning, dicelur
150g taugeh, dicelur
2 biji telur, direbus
2 keping tauhu, digoreng & dihiris
2 biji kentang, direbus & dihiris
bawang goreng, cili merah, daun bawang
hirisan limau kasturi, jika suka Bahan Cucur Udang
20 ekor udang hidup
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng cucur

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis dan kacau hingga terbit bau.
  2. Masukkan air rebusan daging dan tomato kisar.
  3. Bila mendidih, masukkan keledek lecek.
  4. Tambah garam, gula dan renihkan hingga pekat.
  5. Sajikan dengan bahan sampingan, hirisan cucur udang dan hirisan daging.
Sumber: resepi.net yahoogroups

Tuesday, October 21, 2008

I love to cook!

Luv to share my collectible recipes with friends. The recipes are from friends, family and the internet.

Happy cooking!